Assalamualaikum..rasa dah bersawang plus berhabuk dah blog ni. Takpe-takpe jangan risau, saya dah vacum and dah sapu segala sawang-mawang yang ade. Hihi..so jemput la bertandang ke blog saya..;)
Kali ni saya nak sambung citer saya dekat Sabah. Tak sempat nak habiskan dekat entry-entry yang lepas. So, dipersilakanlah.....
Hari keenam
(Rabu) Sekitar Sabah.
Ok, hari ni
merupakan hari terakhir kitorang dekat Sabah. Sedihnya~ First sedih sebab
berpisah dengan family angkat. Second sedih sebab tak tau bila lagi nak sampai
ke Sabah (lain la kalau my twin dapat orang Sabah kan :p). Pagi tu dalam pukul
7 lebih kitorang berkumpul kat tempat biasa. Walaupun malam semalam En Presiden
a.k.a Hisyam cakap esok pagi berkumpul sharp pukul 7, tapi kitorang turun je
pukul 7 lebih. Sebab saya tau yang lain pun tak kan berkumpul sharp pukul 7
nak-nak hari last dengan family-mesti la nak bergambar dulu dengan family and
what so ever la. Yang tak tahannya kitorang dah berkumpul kat tempat biasa tapi
1 family lagi yang belum ada. Family si presiden-hampeh betul. Kata sharp pukul
7, ni turun pukul 8-sharp hapernye..~ . Lepas dah berkumpul semua tu ada sesi
tangkap gambar beramai-ramai berlatar belakangkan Mount of Kinabalu. Then, ada
sesi tacing – menacing (istilah baru ye) untuk terakhir kalinya.
 |
| sedih je sebab rasa nak ditinggalkan.. |
Lepas tu kitorang terus bergerak ke Pasar
Kundasang. Pasar ni dok kat tepi jalan je. Ada jual macam-macam jugak la.
Buah-buahan, bunga-bungaan, snek and entah la. Kat situ saya ada ternampak satu species buah warna kuning, kat
semenanjung rasa macam tak ade. Namanya buah lemak manis. Tak tau nak describe
camne rasanya tapi lebih kurang rasa labu mentah (ye kot).
 |
| mampu tak jadi macam kitorang? |
 |
| antara species bunga yang ada kat pasar kundasang |
 |
| unik kan..?? |
 |
| bunga ape ni..?? tau tak?? |
 |
| buah lemak manis |
Lepas tu gerak ke kaki Gunung Kinabalu.
Aktiviti cam biasa, tangkap gamba, posing-posing maut sikit then kitorang terus
ke Kota Kinabalu.
 |
| dekat kaki gunung kinabalu |
 |
| menenangkan.... |
 |
| kesian kat si jepun ni.. |
 |
| comel tak...??? |
 |
| barisan jejaka-jejaka yang........(isikan ruang kosong ini) |
 |
| sama-sama ;) |
Time for shopping…! Kedai pertama yang kitorang jejak ialah
Jamilah Jewellery. Masuk-masuk je memang rambang mata la kan disebabkan banyak
bebeno barang kemas. Terasa dunia ini ana yang punya (sesuai tak gune ayat riak
ni..?). Bila dah masuk jangan risau bagi yang rasa kurang berkemampuan nak
memiliki barang kemas tapi still nak nampak GOJES. Ini disebabkan setiap barang
yang dihantar ke kaunter pembayaran akan ditolak separuh dari harga asal. Ha, nampak
tak point yang nak saya sampaikan tadi..? Tapi emas ni emas ciplak la tapi
still merlip-merlip u alls. Tapi saya tak sure la ade ke tak emas 916 kat situ.
Saya tak tanye pun sebab sayalah orang yang rasa tak mampu nak memiliki barang
kemas tapi still nak nampak GOJES tu. HAHAHAHAHA (ok cukup).
After that kitorang pegi merayap pulak dekat
Pasar Filipina. Pasar ni dekat je ye dengan kedai kak Jamilah tadi. Beli sikit ole-ole untuk family and
kawan-kawan (pembetulan : banyak ye sebenonye ole-ole tu). Lepas dah tak tau
nak tabur duit kat kedai mane (gaye macam orang kaye je kan?), kitorang pegi
tengok keindahan laut kejap sambil snap-snap gamba. Haruslah kitorang
posing-posing kan~. Lepas tu kitorang pegi
makan kfc dekat Tanjung Aru (kfc tak dijual kat situ ye). Dah kenyang haruslah
macam biasa, snap gamba! Peace~
 |
| Subhanallah.. |
 |
dekat dengan pasar Filipina
|
 |
| abaikan makhluk ni..nampak tak hujan kat belakang tu? |
|
Kenyang pun
dah, snap gamba pun dah, ape lagi balik la..! Ok, kitorang terus bergerak ke
airport, maklumla malam tu dah nak balik semenanjung kan. Lepak-lepak jap,
snap-snap gamba jap (tak tau kali yang ke berape entah). Kali ni memang rasa
sedih nak tinggalkan bumi Sabah ni. Touching kejap. Huhu~. Dan akhirnya dengan
rela terpaksanya kami meninggalkan negeri Sabah. Good bye…ada rezeki jumpa
lagi..:)
 |
kitorang dah nak balik...
|
Fuh,
akhirnya tamat la perjalanan kitorang sebagai pelajar Usim di negeri Bawah Bayu
ni. Nak kata pengalaman memang banyak la kan. Kenangan-kenangan manis takkan
saya lupakan. Ok, tu je la entry saya kali ni..jumpa di entry akan datang..;)