Assalamualaikum..Alhamdulillah kerana masih
lagi bernafas di atas bumi Allah ini. Syukur tidak terhingga di atas nikmat
yang telah dilimpahkan kepada hamba-hambaNya. Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga
Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan. Amin~
Untuk entry kali ni sebenarnya saya pon tak tau
nak tulis mende..hoho..ape yang tau blog saya ni dah macam rumah hantu (kot)-
bukan nak kata seram ke ape, tapi dah lama sangat sangat sangat sangat
sangat tak update- bersawang mawang (ade ke istilah ni?). Maklumla kehidupan
pelajar tahun akhir ni sangat-sangat sibuk (konon je la ^_^) sampai tak sempat
nak masukkan entry baru. Sebab kalau dah dok bertapa ngadap laptop untuk
menulis blog ianya mengambil masa yang agak lama dan semestinya saya tak buat
keje lain..hikhik. Alhamdulillah pada 8/1/2014 lepas tamat lah sudah segala
pembelajaran saya selama empat tahun di Usim. 8 hari bulan tu nak bagitau
sebenarnya hari last saya exam. Sebab tu la saya terpanggil-panggil nak menulis :).
p/s: perkataan sangat tu sebenarnya nak
tulis banyak lagi. ;-)
Disebabkan saya tak tau nak citer pasal ape,
jadinye saya buat keputusan untuk menyelongkar hazanah-hazanah yang terkandung
di dalam phone CANGGIH saya (mohon anda mengerti maksud di sebalik
perkataan bold ini-tq).
Firstly, saya nak share gambar-gambar dinner
saya. Dinner ni diadakan sempena kami pelajar-pelajar tahun empat Pengajian
Quran dan Sunnah yang telah tamat tempoh sah lakunya..haha~. Dinner ni diadakan
di Bangi Golf Resort, dekat je dengan Nilai. Kami diberitahu bas akan sampai
tepat pukul 6 petang di Acacia Avenue a.k.a hostel saya. So, kalau dah kata bas
datang pukul 6 kita yang menggunakan perkhidmatan mereka ni kene la turun tepat
pada waktunya. Kan kan..??. Ok, bas memang datang lambat sikit dari waktu yang
dibagitau. Mungkin la bas tu nak tunggu semua pelajar berkumpul, bila semua dah
ada bas tinggal gerak je. So tak payah la pakcik bas tu tunggu kitorang. Tapi keadaan
semalam jadi lain. Bas dah datang lambat tapi masih ada yang lebih lambat dari
bas plus ada yang tak join plus ade yang gerak sendiri tanpa inform dekat pic. Kawan
saya dah mulakan slot ceramah dan tazkirah beliau~. Saba la mek..tau ko tengah
geram~. Kita tak boleh nak buat ape dah. Mungkin ada kesulitan yang kita tak
tau - mula untuk bersangka baik :).
Masa tengah tunggu bas tu, sempat la kitorang
snap-snap gambar (aktiviti biasa untuk para gadis~).
![]() |
| Diriku diapit oleh the blockers |
![]() |
| Mek: ade orang tengah tengok kite berposing la~ |
Bas bergerak ke Bangi dalam pukul 6.30 p.m. Sampai-sampai
je dah masuk waktu maghrib and kitorang diarahkan untuk mendaftar terlebih dulu
then pegi solat.
![]() | |||||
| Candid time ^__^ |
![]() |
| Tiga dara pingitan |
![]() |
| Macam dah tak betol je.. |
![]() |
| Aiman, diriku & mazni |
Secara ringkasnya, makanan-makanan yang dihidangkan
sangat-sangat sedap. Nasi kukus, nasi briyani, acar timun, ayam masak merah,
fillet ikan, ulam-ulaman+sambal belacan, masak lemak udang, dessert and spageti.
Fuh, mantap! Sebelum kitorang dibenarkan untuk makan, MC mempersilakan ketua
program kitorang Ustaz Syumsudin Yabi untuk berucap. Ustaz ni orang Thailand
jadi pertuturannya dalam bahasa Melayu ni agak kureng la~. Siap dia mintak
kalau cakap dalam bahasa Arab boleh tak? Apa-apa la ustaz janji kitorang paham.
Selain dari makan-makan mestilah ada persembahan dari pelajar kan. Ada tiga
persembahan semuanya. First, nasyid dari kaum muslimin-lagu teman sejati
kumpulan brothers. Tahniah la diucapkan kepada Zul, Pidot, Nazri dan Lokman
sebab terpilih untuk menyanyikan lagu ni..hakhakhak~. Second, persembahan dari
ex-MPP Sawari berduet dengan Pian. Bawak tiga lagu (kalau tak silap) diiringi
petikan gitar yang menenangkan. Persembahan terakhir ialah persembahan sajak
dari kaum muslimat, kak Jannah and Cik Yam. Sangat menusuk jiwa. Makan pon dah,
persembahan pon dah ape lagi ye agak-agak? Mesti la aktiviti wajib- tangkap
gambar sebagai kenang-kenangan bersama warga pendidik. Dimulakan dengan kaum muslimin
lepas tu baru kaum muslimat. Kenangan bersama rakan-rakan dan para pensyarah
takkan mudah untuk ku melupakannya!
![]() |
| Kami bertiga~ |
![]() |
| With my class members |
Banyak lagi hazanah yang ada dekat dalam phone
saya. Tapi kita jumpa dekat entry yang akan datang la ye :).







