" Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum biasa dengan kebaikan"

Saturday, 23 February 2013

Akhirnya tamat sudah..

Assalamualaikum..rasa dah bersawang plus berhabuk dah blog ni. Takpe-takpe jangan risau, saya dah vacum and dah sapu segala sawang-mawang yang ade. Hihi..so jemput la bertandang ke blog saya..;)
Kali ni saya nak sambung citer saya dekat Sabah. Tak sempat nak habiskan dekat entry-entry yang lepas. So, dipersilakanlah.....



Hari keenam (Rabu)  Sekitar Sabah.


Ok, hari ni merupakan hari terakhir kitorang dekat Sabah. Sedihnya~ First sedih sebab berpisah dengan family angkat. Second sedih sebab tak tau bila lagi nak sampai ke Sabah (lain la kalau my twin dapat orang Sabah kan :p). Pagi tu dalam pukul 7 lebih kitorang berkumpul kat tempat biasa. Walaupun malam semalam En Presiden a.k.a Hisyam cakap esok pagi berkumpul sharp pukul 7, tapi kitorang turun je pukul 7 lebih. Sebab saya tau yang lain pun tak kan berkumpul sharp pukul 7 nak-nak hari last dengan family-mesti la nak bergambar dulu dengan family and what so ever la. Yang tak tahannya kitorang dah berkumpul kat tempat biasa tapi 1 family lagi yang belum ada. Family si presiden-hampeh betul. Kata sharp pukul 7, ni turun pukul 8-sharp hapernye..~ . Lepas dah berkumpul semua tu ada sesi tangkap gambar beramai-ramai berlatar belakangkan Mount of Kinabalu. Then, ada sesi tacing – menacing (istilah baru ye) untuk terakhir kalinya.


sedih je sebab rasa nak ditinggalkan..


 Lepas tu kitorang terus bergerak ke Pasar Kundasang. Pasar ni dok kat tepi jalan je. Ada jual macam-macam jugak la. Buah-buahan, bunga-bungaan, snek and entah la. Kat situ saya ada ternampak  satu species buah warna kuning, kat semenanjung rasa macam tak ade. Namanya buah lemak manis. Tak tau nak describe camne rasanya tapi lebih kurang rasa labu mentah (ye kot).

mampu tak jadi macam kitorang?

antara species bunga yang ada kat pasar kundasang

unik kan..??

bunga ape ni..?? tau tak??

buah lemak manis

Lepas tu gerak ke kaki Gunung Kinabalu. Aktiviti cam biasa, tangkap gamba, posing-posing maut sikit then kitorang terus ke Kota Kinabalu.

dekat kaki gunung kinabalu

menenangkan....

kesian kat si jepun ni..

comel tak...???

barisan jejaka-jejaka yang........(isikan ruang kosong ini)

sama-sama ;)

Time for shopping…! Kedai pertama yang kitorang jejak ialah Jamilah Jewellery. Masuk-masuk je memang rambang mata la kan disebabkan banyak bebeno barang kemas. Terasa dunia ini ana yang punya (sesuai tak gune ayat riak ni..?). Bila dah masuk jangan risau bagi yang rasa kurang berkemampuan nak memiliki barang kemas tapi still nak nampak GOJES. Ini disebabkan setiap barang yang dihantar ke kaunter pembayaran akan ditolak separuh dari harga asal. Ha, nampak tak point yang nak saya sampaikan tadi..? Tapi emas ni emas ciplak la tapi still merlip-merlip u alls. Tapi saya tak sure la ade ke tak emas 916 kat situ. Saya tak tanye pun sebab sayalah orang yang rasa tak mampu nak memiliki barang kemas tapi still nak nampak GOJES tu. HAHAHAHAHA (ok cukup).


 After that kitorang pegi merayap pulak dekat Pasar Filipina. Pasar ni dekat je ye dengan kedai kak Jamilah tadi.  Beli sikit ole-ole untuk family and kawan-kawan (pembetulan : banyak ye sebenonye ole-ole tu). Lepas dah tak tau nak tabur duit kat kedai mane (gaye macam orang kaye je kan?), kitorang pegi tengok keindahan laut kejap sambil snap-snap gamba. Haruslah kitorang posing-posing kan~.  Lepas tu kitorang pegi makan kfc dekat Tanjung Aru (kfc tak dijual kat situ ye). Dah kenyang haruslah macam biasa, snap gamba! Peace~
Subhanallah..
dekat dengan pasar Filipina

abaikan makhluk ni..nampak tak hujan kat belakang tu?

Kenyang pun dah, snap gamba pun dah, ape lagi balik la..! Ok, kitorang terus bergerak ke airport, maklumla malam tu dah nak balik semenanjung kan. Lepak-lepak jap, snap-snap gamba jap (tak tau kali yang ke berape entah). Kali ni memang rasa sedih nak tinggalkan bumi Sabah ni. Touching kejap. Huhu~. Dan akhirnya dengan rela terpaksanya kami meninggalkan negeri Sabah. Good bye…ada rezeki jumpa lagi..:)


kitorang dah nak balik...

Fuh, akhirnya tamat la perjalanan kitorang sebagai pelajar Usim di negeri Bawah Bayu ni. Nak kata pengalaman memang banyak la kan. Kenangan-kenangan manis takkan saya lupakan. Ok, tu je la entry saya kali ni..jumpa di entry akan datang..;)

Sunday, 20 January 2013

Sambungan- hari kelima


Hari kelima (Selasa ), Luanti & Poring Hot Spring.

Ok, awal pagi lebih kurang pukul 8 kitorang berkumpul di depan dewan. Hari ni kitorang akan pergi ke Luanti and Poring Hot Spring. Have a nice journey..! (ucapan untuk diri sendiri). Tapi kan, Luanti tu tempat ape? Kalau Poring Hot Spring tu dapat agak la kan tempat apa.

pantang nampak kamera..


pon sama..

kata orang kalau takde rezeki, tak dapat la nak tengok gunung ni
betul ke?

hidayah bersama hidayah :)


Bila dah sampai Luanti still blur-tempat ape ni benanye..? Tak pe la, kita masuk dulu ye nanti mesti la tau kan~. Bila dah masuk, oohh~ sungai dalamnya ada ikan. So, kedatangan kitorang bukanlah nak tengok spesies ikan or nak memancing ikan tapi nak celup kaki dalam sungai yang ada ikan ni. Grup muslimin dulu yang masuk, kitorang tunggu giliran kat atas. Bila diorang dah naik, kitorang pulak turun. Yaahoo~. Heyp..! Jangan suka sangat. Ada larangan yang kene ikut..Antaranya : tak boleh pakai losyen (kimia or ape-ape yang terkandung dalam losyen mungkin akan mengakibatkan ikan-ikan tersebut keracunan) , tak boleh buat bising macam menjerit ke ape ke (akan menyebabkan ikan tu lari). So, behave yourself my dear..Masa nak celupkan kaki ke dalam sungai..fuh! Takut giler~ Dengan berbekalkan semangat yang ada saya pun cube la nak celup kaki, geli tau tak? Rasa digigit-gigit, rasa ikan tu bergesel kat kaki and macam-macam lagi. Dah abes main celup-celup kaki, kitorang pegi mencabar diri kitorang dengan manaiki jambatan gantung (still kat Luanti). Sort of gayat la~ tapi ok je.






dilarang membuat bising ye anak-anak~


Luanti : celup-celup kaki..(muka cover)

cantik tak??



Ok, sekarang citer kat Poring Hot Spring pulak-kolam air panas. Kitorang pegi situ bukan sebab nak mandi kat kolam air panas tu ye. Tujuan kitorang ialah nak mandi air terjun..:D. Memang la namanya hot spring tapi kolam air panas tu dekat depan. Jalan (tak ingat berapa minit) tapi lama la jugak masa yang diambil untuk sampai ke kawasan air terjun. Memang nyaman kawasan dia, sejuk je (lumrah la kan kawasan air terjun). Air terjun tu saya tak sure ada berapa tingkat, tapi yang penting saya stop dekat first stage je-dah penat-tak daya la nak naik tingkat dua semata-mata nak mandi. Ada jugak yang naik sampai stage kedua and ketiga. Cayalah diorang ni kan..! So, bila dah sampai kat air terjun agak-agak aktiviti apa yang sesuai dilakukan..??? Basuh baju style orang dolu-dolu? Tak. Menanam padi??? Memang tak la kan. (Saje je nak test). Kitorang pun apa lagi, peluang dekat depan mata beb. Mandi sepuas-puasnya la……..! Hooraayy~~~. Ok, rasa macam anak badak pulak. Memang seronok sangat tak tau nak cakap camne. Sebenarnya ni la pengalaman pertama saya mandi kat air terjun, tu yang jakun semacam. Selalu mandi kat bilik air je. Kat sinilah saya belajar berenang and menyelam. S.U.S.A.H.B.E.B.~. Tapi kalau belajar nak lemas senang je (nak kata kat sini payah bebeno saya nak stable kan diri saya, asek nak lemas je).  Ok, lepas solat zohor kitorang bergerak pulang. Malamnya ada program malam penutup.

poring hot spring
bilik tetamu

FKP students


angah : ko dengan sape ni?


bersama dengan : pisang kuning

tajul potong line
sejuk..

^_____^


belajar berenang~

deras kan..




Malam penutup ni dikenali sebagai Culture Exchange Night di mana kitorang bersepakat untuk memakai pakaian bertemakan merah hitam. So, semua peserta diwajipkan untuk memakai baju berwarna merah or hitam or kedua-duanya sekali. Malam tu ada perasmian penutup, ucapan oleh setiausaha menteri (taktaunamenyesape) dan pertunjukan persembahan dari pelajar Usim and penduduk kampung-budaya semenanjung-budaya Sabah. So, sebagai orang semenanjung, kami telah memperlihatkan kepada mereka sebahagian daripada seni budaya yang terdapat di semenanjung-tarian piring-dikir barat. Memang kitorang berhempas pulas berlatih untuk malam persembahan ni. Setiap hari khamis malam kitorang akan berkumpul beramai-ramai dan berlatih bersama-sama. Masa mula-mula berlatih memang tak menjadi la kan plus kitorang bukan budak kebudayaan kat Usim. But practice make perfect!. Walaupun tak perfect mana,belasah je la. Ok, lepas tu orang-orang kampung ni ajak kitorang bersumazau dengan diorang. Ok, this is my second experience menari sumazau dengan orang kampung. Memang sporting la pakcik makcik ni kan~. Then, kitorang ada sesi ampunkan daku a.k.a mintak maaf kat penduduk kampung. Sangat-sangat sedih part ni (jangan malu-malu ye nak nangis). Setiap pertemuan mesti ada perpisahan kan. Tipu la kalau tak nangis paling koman sebak la. Maklumla berpisah dengan family walaupun family angkat je tapi kitorang dah anggap macam family sendiri. Uwaaaaa :’( Lepas siap kemas-kemas dewan kitorang ada post mortem (aktiviti biasa) pastu balik rumah-rehat-tido. Sebelum balik presiden pesan “ esok pagi sharp pukul 7 berkumpul semuanya kat tempat biasa”


merah hitam
yang baju ijau ni budak persembahan ye..



sama caption dengan yang atas~


kamilah jejaka dan gadis pujaan Malaya..

hujan lebat

presiden

my lovely family

Ok, jumpa di lain kali ye..^____________^



Friday, 18 January 2013

Sambungan lagi~



Testing-testing..ok, assalamualaikum semua..hari ni punya posting sama macam hari sebelum-sebelum ni. Still cerita pasal negeri Sabah. Pegi 6 hari je tapi postingnya macam lebih lama pulak..haha. Ok, kita sambung untuk hari yang keempat pulak ye..kalau sempat boleh cerita untuk hari kelima and keenam terus (kalau sempat la kan).  Stay tuned~

Hari keempat (Isnin) Kg. Libang, Ranau.

Ok, pagi lepas sarapan kitorang (adik-beradik angkat) bercadang nak turun ke bendang. Nak tengok cara mereka mengusahakan sawah padi. Kalau kat semenanjung kita dah tak dapat tengok macam mana caranya menyabit, memukul dan sebagainya yang berkaitan dengan pemprosesan padi tapi kat sini kita boleh tengok depan mata, live gitu. Tradisional sangat. Sebab tu la harga padi ni mahal sebab diproses sendiri oleh pengusaha-pengusahanya. Masa sarapan, mak kitorang tanya pukul berapa kitorang nak turun ke bendang? Pukul 8 mak, kenapa? Kalau nak ke bendang sepatutnya pegi pukul 6.30 atau pukul 7. Pukul 8 ni dah siang sangat. Standard la kita kat semenanjung keluar rumah pukul 8 pagi. So, kami sebagai rakyat semenanjung lupa diri seketika bahawasanya masa di Sabah adalah lebih awal berbanding di semenanjung. Kitorang pun dok tersengih-sengih je la~. Sekali kitorang keluar rumah dah siang la macam pukul 10. Hmm, redah je la. 
peace~

inilah sawah padinyeer~


 
tuai padi antara masa..
sambung sendiri..


So, kitorang pun dok pusing-pusing sekitar bendang tu and sempat la jugak melawat rumah penduduk kampung yang terletak di dalam kawasan bendang tu.  Sempat belajar cara mendayung sampan walaupun tak tau nak handle sebenanye..hikhik~. Lepas tu, kitorang berpeluang untuk mencuba untuk menyabit padi. Takde la susah sangat (poyonye la~).  Lepas proses menyabit selesai, padi akan dikumpulkan dan akan dipukul – proses memukul (padi ye yang dipukul bukan orang).


jenuh nak snap gamba teratai ni..


 
dayung jangan tak dayung cik jah ooi~

 
tekun membanting tulang O_o


Lepas dah puas tengok orang kampung mengusahakan padi kitorang pun bercadang untuk balik ke rumah. Petang tu kitorang akan pergi ke sekolah pulak-ada program motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah tersebut. Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Dalam perjalanan pulang (still kat dalam area sawah padi) hujan pun turun. Kitorang kene buat apa agak-agak? Berteduh? Oh, tidak sama sekali ye. Nak berteduh kat mana  kat tengah-tengah bendang ni? Redah je la dalam masa yang sama amek kesempatan main hujan ^_^.  Sebelum sampai ke rumah kitorang pegi turun ke sungai pulak untuk joint grup kemba saya bermandi manda with her sibling-adik beradik angkat- (amek kesempatan lagi sekali). Dah alang-alang basah kene hujan tadi baik basahkan terus-mandi sungai. Lepas tu baru balik rumah-persiapan diri.

 Pukul 2 berkumpul kat depan dewan-bertolak ke Sekolah Agama Menengah Agama Irsyadiah, Marakau (kalau tak silap la namenye). Kitorang handle sort of motivation programme kat situ untuk adik-adik form 3 – form 6. Kitorang dah dibahagikan siap-siap kepada beberapa kumpulan. Orait, this is my grup members – saya, kak dijah and sharhan a.k.a caan. Adik-adik grup saya yang perempuan ok, yang lelaki ya Allah, ko ternak emas ke haper dalam mulut tu..? Nak kata kat sini diorang sangat-sangat pendiam-pasif. Tengok muka macam ganas tapi suara takde. Maklumla ade emas dalam mulut. KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA (refer kepada emas). @#$%&*. Mungkin diorang ni tak biasa kot dengan orang luar or malu-malu or ape-ape je la yang sesuai untuk describe diorang ni. Tak pe la you, I tak kisah sangat pun.

 
my grup..
left: me, sharhan & kak dijah

semua nak amek gamba dengan kitorang berdua
(bajet femes u alls)


 
kami jejaka terhangat di pasaran..!

tak ingat la name diorang ni..


 
together with the members..


Ok, lepas asar kitorang bergerak pulang and malamnya kitorang ada program smart solat dekat masjid (ye kot, tak ingat la tapi lebih kurang la) untuk adik-adik kecil belajar solat-pergerakan yang betul dalam solat. Memang nak tergelak la tengok diorang ni kan. Macam-macam kerenah, maklomla~ budak kecik kan.


bersama adik-adik o_o


 
kerenah yang mencuit hati..:)


Lewat malam tu, kitorang dijemput oleh family angkat kemba saya untuk joint diorang makan malam-bbq seh~. REZEKI JANGAN DITOLAK ;) . Family diorang sangat-sangat meriah, happening-saya pun naik pening.Untuk pengetahuan, family ni la yang mengambil paling ramai anak angkat-7 orang (bai, isyam, zul, kak umu, kak jiha, kak maslida, my twin). Bukan kitorang je yang joint bbq ni, family angkat lain pun ada dijemput. Lagi meriah suasana dibuatnya. Ok, malam tu bapak kepada my twin, saya panggil bapak jugak telah menunjukkan kepada saya rupa asal tuhau. Saya pernah citer pasal tuhau sebelum ni masa dekat kenduri-makanan unik-rasa pelik. Ok, baru saya tau rupa asalnya adalah seperti batang daun kesum, cuma saiznya besar sikit. Yang bapak ni pun dengan tak semena-menanya suruh saya rasa tuhau tu-dalam keadaan yang mentah. Adik angkat saya pun bagi semangat untuk saya makan tuhau tu. Saya dah telan air liur. Ish, kene makan depan diorang ke? Tiba-tiba hisyam keluar (canteekk~ suruh die makan dulu la-depan bapak).

Saya : isyam, ce ko makan tuhau ni.
Isyam: ala, makan je la.
Saya:  aku nak ko makan dulu.
Isyam : (makan)
Saya: weh ape rasenye? (buat muka agak pelik)
Isyam: rase macam serai (muka tak leh caye)
Saya: siyesly macam serai? (pelik je muka die ni-makan and pandang muka isyam-oh man~ rase ape ni?) Isyam, ce bagi bai makan.

Isyam pun bagi bai makan tuhau tu and seperti sangkaan saya (bai buat muka pelik-tapi cover la kan). Memang unik and pelik rasanya. Tapi kalau dah dibuat sambal sedap rasanya. Enak tak terkata. Takde la rasa pelik sangat. So, pengalaman yang menarik ye kat sini sebab dapat tengok bentuk sebenar tuhau and rasanya yang asli. Ok, lepas kenyang apa lagi..? Balik la..tak kan la nak tido kat situ pulak. Sampai rumah rehat-tido. Orait,,1 2 3 senyum~







Stop kat sini dulu la..rasa macam banyak pulak yang ditulis O_o
tulis banyak-banyak jenuh orang nak bace..sampe ketemu lagi ya..