" Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum biasa dengan kebaikan"

Saturday, 11 January 2014

Lama tidak bersua...




Assalamualaikum..Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas di atas bumi Allah ini. Syukur tidak terhingga di atas nikmat yang telah dilimpahkan kepada hamba-hambaNya. Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan. Amin~

Untuk entry kali ni sebenarnya saya pon tak tau nak tulis mende..hoho..ape yang tau blog saya ni dah macam rumah hantu (kot)- bukan nak kata seram ke ape, tapi dah lama sangat sangat sangat sangat sangat tak update- bersawang mawang (ade ke istilah ni?). Maklumla kehidupan pelajar tahun akhir ni sangat-sangat sibuk (konon je la ^_^) sampai tak sempat nak masukkan entry baru. Sebab kalau dah dok bertapa ngadap laptop untuk menulis blog ianya mengambil masa yang agak lama dan semestinya saya tak buat keje lain..hikhik. Alhamdulillah pada 8/1/2014 lepas tamat lah sudah segala pembelajaran saya selama empat tahun di Usim. 8 hari bulan tu nak bagitau sebenarnya hari last saya exam. Sebab tu la saya terpanggil-panggil nak menulis :)


p/s: perkataan sangat tu sebenarnya nak tulis banyak lagi. ;-)



Disebabkan saya tak tau nak citer pasal ape, jadinye saya buat keputusan untuk menyelongkar hazanah-hazanah yang terkandung di dalam phone CANGGIH saya (mohon anda mengerti maksud di sebalik perkataan bold ini-tq).

Firstly, saya nak share gambar-gambar dinner saya. Dinner ni diadakan sempena kami pelajar-pelajar tahun empat Pengajian Quran dan Sunnah yang telah tamat tempoh sah lakunya..haha~. Dinner ni diadakan di Bangi Golf Resort, dekat je dengan Nilai. Kami diberitahu bas akan sampai tepat pukul 6 petang di Acacia Avenue a.k.a hostel saya. So, kalau dah kata bas datang pukul 6 kita yang menggunakan perkhidmatan mereka ni kene la turun tepat pada waktunya. Kan kan..??. Ok, bas memang datang lambat sikit dari waktu yang dibagitau. Mungkin la bas tu nak tunggu semua pelajar berkumpul, bila semua dah ada bas tinggal gerak je. So tak payah la pakcik bas tu tunggu kitorang. Tapi keadaan semalam jadi lain. Bas dah datang lambat tapi masih ada yang lebih lambat dari bas plus ada yang tak join plus ade yang gerak sendiri tanpa inform dekat pic. Kawan saya dah mulakan slot ceramah dan tazkirah beliau~. Saba la mek..tau ko tengah geram~. Kita tak boleh nak buat ape dah. Mungkin ada kesulitan yang kita tak tau - mula untuk bersangka baik :).

Masa tengah tunggu bas tu, sempat la kitorang snap-snap gambar (aktiviti biasa untuk para gadis~).

Diriku diapit oleh the blockers
Mek: ade orang tengah tengok kite berposing la~




Bas bergerak ke Bangi dalam pukul 6.30 p.m. Sampai-sampai je dah masuk waktu maghrib and kitorang diarahkan untuk mendaftar terlebih dulu then pegi solat. 

Candid time ^__^


Tiga dara pingitan
Macam dah tak betol je..
Aiman, diriku & mazni

Secara ringkasnya, makanan-makanan yang dihidangkan sangat-sangat sedap. Nasi kukus, nasi briyani, acar timun, ayam masak merah, fillet ikan, ulam-ulaman+sambal belacan, masak lemak udang, dessert and spageti. Fuh, mantap! Sebelum kitorang dibenarkan untuk makan, MC mempersilakan ketua program kitorang Ustaz Syumsudin Yabi untuk berucap. Ustaz ni orang Thailand jadi pertuturannya dalam bahasa Melayu ni agak kureng la~. Siap dia mintak kalau cakap dalam bahasa Arab boleh tak? Apa-apa la ustaz janji kitorang paham. Selain dari makan-makan mestilah ada persembahan dari pelajar kan. Ada tiga persembahan semuanya. First, nasyid dari kaum muslimin-lagu teman sejati kumpulan brothers. Tahniah la diucapkan kepada Zul, Pidot, Nazri dan Lokman sebab terpilih untuk menyanyikan lagu ni..hakhakhak~. Second, persembahan dari ex-MPP Sawari berduet dengan Pian. Bawak tiga lagu (kalau tak silap) diiringi petikan gitar yang menenangkan. Persembahan terakhir ialah persembahan sajak dari kaum muslimat, kak Jannah and Cik Yam. Sangat menusuk jiwa. Makan pon dah, persembahan pon dah ape lagi ye agak-agak? Mesti la aktiviti wajib- tangkap gambar sebagai kenang-kenangan bersama warga pendidik. Dimulakan dengan kaum muslimin lepas tu baru kaum muslimat. Kenangan bersama rakan-rakan dan para pensyarah takkan mudah untuk ku melupakannya!

Kami bertiga~


With my class members

Banyak lagi hazanah yang ada dekat dalam phone saya. Tapi kita jumpa dekat entry yang akan datang la ye :).

Saturday, 23 February 2013

Akhirnya tamat sudah..

Assalamualaikum..rasa dah bersawang plus berhabuk dah blog ni. Takpe-takpe jangan risau, saya dah vacum and dah sapu segala sawang-mawang yang ade. Hihi..so jemput la bertandang ke blog saya..;)
Kali ni saya nak sambung citer saya dekat Sabah. Tak sempat nak habiskan dekat entry-entry yang lepas. So, dipersilakanlah.....



Hari keenam (Rabu)  Sekitar Sabah.


Ok, hari ni merupakan hari terakhir kitorang dekat Sabah. Sedihnya~ First sedih sebab berpisah dengan family angkat. Second sedih sebab tak tau bila lagi nak sampai ke Sabah (lain la kalau my twin dapat orang Sabah kan :p). Pagi tu dalam pukul 7 lebih kitorang berkumpul kat tempat biasa. Walaupun malam semalam En Presiden a.k.a Hisyam cakap esok pagi berkumpul sharp pukul 7, tapi kitorang turun je pukul 7 lebih. Sebab saya tau yang lain pun tak kan berkumpul sharp pukul 7 nak-nak hari last dengan family-mesti la nak bergambar dulu dengan family and what so ever la. Yang tak tahannya kitorang dah berkumpul kat tempat biasa tapi 1 family lagi yang belum ada. Family si presiden-hampeh betul. Kata sharp pukul 7, ni turun pukul 8-sharp hapernye..~ . Lepas dah berkumpul semua tu ada sesi tangkap gambar beramai-ramai berlatar belakangkan Mount of Kinabalu. Then, ada sesi tacing – menacing (istilah baru ye) untuk terakhir kalinya.


sedih je sebab rasa nak ditinggalkan..


 Lepas tu kitorang terus bergerak ke Pasar Kundasang. Pasar ni dok kat tepi jalan je. Ada jual macam-macam jugak la. Buah-buahan, bunga-bungaan, snek and entah la. Kat situ saya ada ternampak  satu species buah warna kuning, kat semenanjung rasa macam tak ade. Namanya buah lemak manis. Tak tau nak describe camne rasanya tapi lebih kurang rasa labu mentah (ye kot).

mampu tak jadi macam kitorang?

antara species bunga yang ada kat pasar kundasang

unik kan..??

bunga ape ni..?? tau tak??

buah lemak manis

Lepas tu gerak ke kaki Gunung Kinabalu. Aktiviti cam biasa, tangkap gamba, posing-posing maut sikit then kitorang terus ke Kota Kinabalu.

dekat kaki gunung kinabalu

menenangkan....

kesian kat si jepun ni..

comel tak...???

barisan jejaka-jejaka yang........(isikan ruang kosong ini)

sama-sama ;)

Time for shopping…! Kedai pertama yang kitorang jejak ialah Jamilah Jewellery. Masuk-masuk je memang rambang mata la kan disebabkan banyak bebeno barang kemas. Terasa dunia ini ana yang punya (sesuai tak gune ayat riak ni..?). Bila dah masuk jangan risau bagi yang rasa kurang berkemampuan nak memiliki barang kemas tapi still nak nampak GOJES. Ini disebabkan setiap barang yang dihantar ke kaunter pembayaran akan ditolak separuh dari harga asal. Ha, nampak tak point yang nak saya sampaikan tadi..? Tapi emas ni emas ciplak la tapi still merlip-merlip u alls. Tapi saya tak sure la ade ke tak emas 916 kat situ. Saya tak tanye pun sebab sayalah orang yang rasa tak mampu nak memiliki barang kemas tapi still nak nampak GOJES tu. HAHAHAHAHA (ok cukup).


 After that kitorang pegi merayap pulak dekat Pasar Filipina. Pasar ni dekat je ye dengan kedai kak Jamilah tadi.  Beli sikit ole-ole untuk family and kawan-kawan (pembetulan : banyak ye sebenonye ole-ole tu). Lepas dah tak tau nak tabur duit kat kedai mane (gaye macam orang kaye je kan?), kitorang pegi tengok keindahan laut kejap sambil snap-snap gamba. Haruslah kitorang posing-posing kan~.  Lepas tu kitorang pegi makan kfc dekat Tanjung Aru (kfc tak dijual kat situ ye). Dah kenyang haruslah macam biasa, snap gamba! Peace~
Subhanallah..
dekat dengan pasar Filipina

abaikan makhluk ni..nampak tak hujan kat belakang tu?

Kenyang pun dah, snap gamba pun dah, ape lagi balik la..! Ok, kitorang terus bergerak ke airport, maklumla malam tu dah nak balik semenanjung kan. Lepak-lepak jap, snap-snap gamba jap (tak tau kali yang ke berape entah). Kali ni memang rasa sedih nak tinggalkan bumi Sabah ni. Touching kejap. Huhu~. Dan akhirnya dengan rela terpaksanya kami meninggalkan negeri Sabah. Good bye…ada rezeki jumpa lagi..:)


kitorang dah nak balik...

Fuh, akhirnya tamat la perjalanan kitorang sebagai pelajar Usim di negeri Bawah Bayu ni. Nak kata pengalaman memang banyak la kan. Kenangan-kenangan manis takkan saya lupakan. Ok, tu je la entry saya kali ni..jumpa di entry akan datang..;)

Sunday, 20 January 2013

Sambungan- hari kelima


Hari kelima (Selasa ), Luanti & Poring Hot Spring.

Ok, awal pagi lebih kurang pukul 8 kitorang berkumpul di depan dewan. Hari ni kitorang akan pergi ke Luanti and Poring Hot Spring. Have a nice journey..! (ucapan untuk diri sendiri). Tapi kan, Luanti tu tempat ape? Kalau Poring Hot Spring tu dapat agak la kan tempat apa.

pantang nampak kamera..


pon sama..

kata orang kalau takde rezeki, tak dapat la nak tengok gunung ni
betul ke?

hidayah bersama hidayah :)


Bila dah sampai Luanti still blur-tempat ape ni benanye..? Tak pe la, kita masuk dulu ye nanti mesti la tau kan~. Bila dah masuk, oohh~ sungai dalamnya ada ikan. So, kedatangan kitorang bukanlah nak tengok spesies ikan or nak memancing ikan tapi nak celup kaki dalam sungai yang ada ikan ni. Grup muslimin dulu yang masuk, kitorang tunggu giliran kat atas. Bila diorang dah naik, kitorang pulak turun. Yaahoo~. Heyp..! Jangan suka sangat. Ada larangan yang kene ikut..Antaranya : tak boleh pakai losyen (kimia or ape-ape yang terkandung dalam losyen mungkin akan mengakibatkan ikan-ikan tersebut keracunan) , tak boleh buat bising macam menjerit ke ape ke (akan menyebabkan ikan tu lari). So, behave yourself my dear..Masa nak celupkan kaki ke dalam sungai..fuh! Takut giler~ Dengan berbekalkan semangat yang ada saya pun cube la nak celup kaki, geli tau tak? Rasa digigit-gigit, rasa ikan tu bergesel kat kaki and macam-macam lagi. Dah abes main celup-celup kaki, kitorang pegi mencabar diri kitorang dengan manaiki jambatan gantung (still kat Luanti). Sort of gayat la~ tapi ok je.






dilarang membuat bising ye anak-anak~


Luanti : celup-celup kaki..(muka cover)

cantik tak??



Ok, sekarang citer kat Poring Hot Spring pulak-kolam air panas. Kitorang pegi situ bukan sebab nak mandi kat kolam air panas tu ye. Tujuan kitorang ialah nak mandi air terjun..:D. Memang la namanya hot spring tapi kolam air panas tu dekat depan. Jalan (tak ingat berapa minit) tapi lama la jugak masa yang diambil untuk sampai ke kawasan air terjun. Memang nyaman kawasan dia, sejuk je (lumrah la kan kawasan air terjun). Air terjun tu saya tak sure ada berapa tingkat, tapi yang penting saya stop dekat first stage je-dah penat-tak daya la nak naik tingkat dua semata-mata nak mandi. Ada jugak yang naik sampai stage kedua and ketiga. Cayalah diorang ni kan..! So, bila dah sampai kat air terjun agak-agak aktiviti apa yang sesuai dilakukan..??? Basuh baju style orang dolu-dolu? Tak. Menanam padi??? Memang tak la kan. (Saje je nak test). Kitorang pun apa lagi, peluang dekat depan mata beb. Mandi sepuas-puasnya la……..! Hooraayy~~~. Ok, rasa macam anak badak pulak. Memang seronok sangat tak tau nak cakap camne. Sebenarnya ni la pengalaman pertama saya mandi kat air terjun, tu yang jakun semacam. Selalu mandi kat bilik air je. Kat sinilah saya belajar berenang and menyelam. S.U.S.A.H.B.E.B.~. Tapi kalau belajar nak lemas senang je (nak kata kat sini payah bebeno saya nak stable kan diri saya, asek nak lemas je).  Ok, lepas solat zohor kitorang bergerak pulang. Malamnya ada program malam penutup.

poring hot spring
bilik tetamu

FKP students


angah : ko dengan sape ni?


bersama dengan : pisang kuning

tajul potong line
sejuk..

^_____^


belajar berenang~

deras kan..




Malam penutup ni dikenali sebagai Culture Exchange Night di mana kitorang bersepakat untuk memakai pakaian bertemakan merah hitam. So, semua peserta diwajipkan untuk memakai baju berwarna merah or hitam or kedua-duanya sekali. Malam tu ada perasmian penutup, ucapan oleh setiausaha menteri (taktaunamenyesape) dan pertunjukan persembahan dari pelajar Usim and penduduk kampung-budaya semenanjung-budaya Sabah. So, sebagai orang semenanjung, kami telah memperlihatkan kepada mereka sebahagian daripada seni budaya yang terdapat di semenanjung-tarian piring-dikir barat. Memang kitorang berhempas pulas berlatih untuk malam persembahan ni. Setiap hari khamis malam kitorang akan berkumpul beramai-ramai dan berlatih bersama-sama. Masa mula-mula berlatih memang tak menjadi la kan plus kitorang bukan budak kebudayaan kat Usim. But practice make perfect!. Walaupun tak perfect mana,belasah je la. Ok, lepas tu orang-orang kampung ni ajak kitorang bersumazau dengan diorang. Ok, this is my second experience menari sumazau dengan orang kampung. Memang sporting la pakcik makcik ni kan~. Then, kitorang ada sesi ampunkan daku a.k.a mintak maaf kat penduduk kampung. Sangat-sangat sedih part ni (jangan malu-malu ye nak nangis). Setiap pertemuan mesti ada perpisahan kan. Tipu la kalau tak nangis paling koman sebak la. Maklumla berpisah dengan family walaupun family angkat je tapi kitorang dah anggap macam family sendiri. Uwaaaaa :’( Lepas siap kemas-kemas dewan kitorang ada post mortem (aktiviti biasa) pastu balik rumah-rehat-tido. Sebelum balik presiden pesan “ esok pagi sharp pukul 7 berkumpul semuanya kat tempat biasa”


merah hitam
yang baju ijau ni budak persembahan ye..



sama caption dengan yang atas~


kamilah jejaka dan gadis pujaan Malaya..

hujan lebat

presiden

my lovely family

Ok, jumpa di lain kali ye..^____________^