" Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum biasa dengan kebaikan"

Saturday, 11 January 2014

Lama tidak bersua...




Assalamualaikum..Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas di atas bumi Allah ini. Syukur tidak terhingga di atas nikmat yang telah dilimpahkan kepada hamba-hambaNya. Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan. Amin~

Untuk entry kali ni sebenarnya saya pon tak tau nak tulis mende..hoho..ape yang tau blog saya ni dah macam rumah hantu (kot)- bukan nak kata seram ke ape, tapi dah lama sangat sangat sangat sangat sangat tak update- bersawang mawang (ade ke istilah ni?). Maklumla kehidupan pelajar tahun akhir ni sangat-sangat sibuk (konon je la ^_^) sampai tak sempat nak masukkan entry baru. Sebab kalau dah dok bertapa ngadap laptop untuk menulis blog ianya mengambil masa yang agak lama dan semestinya saya tak buat keje lain..hikhik. Alhamdulillah pada 8/1/2014 lepas tamat lah sudah segala pembelajaran saya selama empat tahun di Usim. 8 hari bulan tu nak bagitau sebenarnya hari last saya exam. Sebab tu la saya terpanggil-panggil nak menulis :)


p/s: perkataan sangat tu sebenarnya nak tulis banyak lagi. ;-)



Disebabkan saya tak tau nak citer pasal ape, jadinye saya buat keputusan untuk menyelongkar hazanah-hazanah yang terkandung di dalam phone CANGGIH saya (mohon anda mengerti maksud di sebalik perkataan bold ini-tq).

Firstly, saya nak share gambar-gambar dinner saya. Dinner ni diadakan sempena kami pelajar-pelajar tahun empat Pengajian Quran dan Sunnah yang telah tamat tempoh sah lakunya..haha~. Dinner ni diadakan di Bangi Golf Resort, dekat je dengan Nilai. Kami diberitahu bas akan sampai tepat pukul 6 petang di Acacia Avenue a.k.a hostel saya. So, kalau dah kata bas datang pukul 6 kita yang menggunakan perkhidmatan mereka ni kene la turun tepat pada waktunya. Kan kan..??. Ok, bas memang datang lambat sikit dari waktu yang dibagitau. Mungkin la bas tu nak tunggu semua pelajar berkumpul, bila semua dah ada bas tinggal gerak je. So tak payah la pakcik bas tu tunggu kitorang. Tapi keadaan semalam jadi lain. Bas dah datang lambat tapi masih ada yang lebih lambat dari bas plus ada yang tak join plus ade yang gerak sendiri tanpa inform dekat pic. Kawan saya dah mulakan slot ceramah dan tazkirah beliau~. Saba la mek..tau ko tengah geram~. Kita tak boleh nak buat ape dah. Mungkin ada kesulitan yang kita tak tau - mula untuk bersangka baik :).

Masa tengah tunggu bas tu, sempat la kitorang snap-snap gambar (aktiviti biasa untuk para gadis~).

Diriku diapit oleh the blockers
Mek: ade orang tengah tengok kite berposing la~




Bas bergerak ke Bangi dalam pukul 6.30 p.m. Sampai-sampai je dah masuk waktu maghrib and kitorang diarahkan untuk mendaftar terlebih dulu then pegi solat. 

Candid time ^__^


Tiga dara pingitan
Macam dah tak betol je..
Aiman, diriku & mazni

Secara ringkasnya, makanan-makanan yang dihidangkan sangat-sangat sedap. Nasi kukus, nasi briyani, acar timun, ayam masak merah, fillet ikan, ulam-ulaman+sambal belacan, masak lemak udang, dessert and spageti. Fuh, mantap! Sebelum kitorang dibenarkan untuk makan, MC mempersilakan ketua program kitorang Ustaz Syumsudin Yabi untuk berucap. Ustaz ni orang Thailand jadi pertuturannya dalam bahasa Melayu ni agak kureng la~. Siap dia mintak kalau cakap dalam bahasa Arab boleh tak? Apa-apa la ustaz janji kitorang paham. Selain dari makan-makan mestilah ada persembahan dari pelajar kan. Ada tiga persembahan semuanya. First, nasyid dari kaum muslimin-lagu teman sejati kumpulan brothers. Tahniah la diucapkan kepada Zul, Pidot, Nazri dan Lokman sebab terpilih untuk menyanyikan lagu ni..hakhakhak~. Second, persembahan dari ex-MPP Sawari berduet dengan Pian. Bawak tiga lagu (kalau tak silap) diiringi petikan gitar yang menenangkan. Persembahan terakhir ialah persembahan sajak dari kaum muslimat, kak Jannah and Cik Yam. Sangat menusuk jiwa. Makan pon dah, persembahan pon dah ape lagi ye agak-agak? Mesti la aktiviti wajib- tangkap gambar sebagai kenang-kenangan bersama warga pendidik. Dimulakan dengan kaum muslimin lepas tu baru kaum muslimat. Kenangan bersama rakan-rakan dan para pensyarah takkan mudah untuk ku melupakannya!

Kami bertiga~


With my class members

Banyak lagi hazanah yang ada dekat dalam phone saya. Tapi kita jumpa dekat entry yang akan datang la ye :).

No comments:

Post a Comment