Testing-testing..ok,
assalamualaikum semua..hari ni punya posting sama macam hari
sebelum-sebelum ni. Still cerita pasal negeri Sabah. Pegi 6 hari je tapi
postingnya macam lebih lama pulak..haha. Ok, kita sambung untuk hari yang
keempat pulak ye..kalau sempat boleh cerita untuk hari kelima and keenam terus
(kalau sempat la kan). Stay tuned~
Hari
keempat (Isnin) Kg. Libang, Ranau.
Ok, pagi
lepas sarapan kitorang (adik-beradik angkat) bercadang nak turun ke bendang.
Nak tengok cara mereka mengusahakan sawah padi. Kalau kat semenanjung kita dah
tak dapat tengok macam mana caranya menyabit, memukul dan sebagainya yang
berkaitan dengan pemprosesan padi tapi kat sini kita boleh tengok depan mata,
live gitu. Tradisional sangat. Sebab tu la harga padi ni mahal sebab diproses
sendiri oleh pengusaha-pengusahanya. Masa sarapan, mak kitorang tanya pukul
berapa kitorang nak turun ke bendang? Pukul 8 mak, kenapa? Kalau nak ke bendang
sepatutnya pegi pukul 6.30 atau pukul 7. Pukul 8 ni dah siang sangat. Standard
la kita kat semenanjung keluar rumah pukul 8 pagi. So, kami sebagai rakyat
semenanjung lupa diri seketika bahawasanya masa di Sabah adalah lebih awal
berbanding di semenanjung. Kitorang pun dok tersengih-sengih je la~. Sekali
kitorang keluar rumah dah siang la macam pukul 10. Hmm, redah je la.
 |
| peace~ |
 |
| inilah sawah padinyeer~ |
 |
tuai padi antara masa..
sambung sendiri.. |
So,
kitorang pun dok pusing-pusing sekitar bendang tu and sempat la jugak melawat
rumah penduduk kampung yang terletak di dalam kawasan bendang tu. Sempat belajar cara mendayung sampan walaupun
tak tau nak handle sebenanye..hikhik~. Lepas tu, kitorang berpeluang untuk
mencuba untuk menyabit padi. Takde la susah sangat (poyonye la~). Lepas proses menyabit selesai, padi akan
dikumpulkan dan akan dipukul – proses memukul (padi ye yang dipukul bukan
orang).
 |
| jenuh nak snap gamba teratai ni.. |
 |
| dayung jangan tak dayung cik jah ooi~ |
 |
| tekun membanting tulang O_o |
Lepas dah puas tengok orang kampung mengusahakan padi kitorang pun
bercadang untuk balik ke rumah. Petang tu kitorang akan pergi ke sekolah
pulak-ada program motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah tersebut. Ku sangkakan
panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Dalam perjalanan pulang
(still kat dalam area sawah padi) hujan pun turun. Kitorang kene buat apa
agak-agak? Berteduh? Oh, tidak sama sekali ye. Nak berteduh kat mana kat tengah-tengah bendang ni? Redah je la
dalam masa yang sama amek kesempatan main hujan ^_^. Sebelum sampai ke rumah kitorang pegi turun
ke sungai pulak untuk joint grup kemba saya bermandi manda with her sibling-adik
beradik angkat- (amek kesempatan lagi sekali). Dah alang-alang basah kene hujan
tadi baik basahkan terus-mandi sungai. Lepas tu baru balik rumah-persiapan
diri.
Pukul 2 berkumpul kat depan dewan-bertolak ke Sekolah Agama Menengah
Agama Irsyadiah, Marakau (kalau tak silap la namenye). Kitorang handle sort of
motivation programme kat situ untuk adik-adik form 3 – form 6. Kitorang dah
dibahagikan siap-siap kepada beberapa kumpulan. Orait, this is my grup members –
saya, kak dijah and sharhan a.k.a caan. Adik-adik grup saya yang perempuan ok,
yang lelaki ya Allah, ko ternak emas ke haper dalam mulut tu..? Nak kata kat
sini diorang sangat-sangat pendiam-pasif. Tengok muka macam ganas tapi suara
takde. Maklumla ade emas dalam mulut. KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA (refer
kepada emas). @#$%&*. Mungkin diorang ni tak biasa kot dengan orang luar or
malu-malu or ape-ape je la yang sesuai untuk describe diorang ni. Tak pe la
you, I tak kisah sangat pun.
 |
my grup..
left: me, sharhan & kak dijah |
 |
semua nak amek gamba dengan kitorang berdua
(bajet femes u alls) |
 |
| kami jejaka terhangat di pasaran..! |
 |
| tak ingat la name diorang ni.. |
 |
| together with the members.. |
Ok, lepas asar kitorang bergerak pulang and
malamnya kitorang ada program smart solat dekat masjid (ye kot, tak ingat la
tapi lebih kurang la) untuk adik-adik kecil belajar solat-pergerakan yang betul
dalam solat. Memang nak tergelak la tengok diorang ni kan. Macam-macam kerenah,
maklomla~ budak kecik kan.
 |
| bersama adik-adik o_o |
 |
| kerenah yang mencuit hati..:) |
Lewat malam tu, kitorang dijemput oleh family angkat
kemba saya untuk joint diorang makan malam-bbq seh~. REZEKI JANGAN DITOLAK ;) .
Family diorang sangat-sangat meriah, happening-saya pun naik pening.Untuk
pengetahuan, family ni la yang mengambil paling ramai anak angkat-7 orang (bai,
isyam, zul, kak umu, kak jiha, kak maslida, my twin). Bukan kitorang je yang
joint bbq ni, family angkat lain pun ada dijemput. Lagi meriah suasana
dibuatnya. Ok, malam tu bapak kepada my twin, saya panggil bapak jugak telah
menunjukkan kepada saya rupa asal tuhau. Saya pernah citer pasal tuhau sebelum
ni masa dekat kenduri-makanan unik-rasa pelik. Ok, baru saya tau rupa asalnya
adalah seperti batang daun kesum, cuma saiznya besar sikit. Yang bapak ni pun
dengan tak semena-menanya suruh saya rasa tuhau tu-dalam keadaan yang mentah.
Adik angkat saya pun bagi semangat untuk saya makan tuhau tu. Saya dah telan
air liur. Ish, kene makan depan diorang ke? Tiba-tiba hisyam keluar (canteekk~
suruh die makan dulu la-depan bapak).
Saya :
isyam, ce ko makan tuhau ni.
Isyam: ala,
makan je la.
Saya: aku nak ko makan dulu.
Isyam :
(makan)
Saya: weh
ape rasenye? (buat muka agak pelik)
Isyam: rase
macam serai (muka tak leh caye)
Saya:
siyesly macam serai? (pelik je muka die ni-makan and pandang muka isyam-oh man~ rase ape ni?) Isyam, ce bagi bai makan.
Isyam pun
bagi bai makan tuhau tu and seperti sangkaan saya (bai buat muka pelik-tapi
cover la kan). Memang unik and pelik rasanya. Tapi kalau dah dibuat sambal
sedap rasanya. Enak tak terkata. Takde la rasa pelik sangat. So, pengalaman yang menarik ye kat
sini sebab dapat tengok bentuk sebenar tuhau and rasanya yang asli. Ok, lepas
kenyang apa lagi..? Balik la..tak kan la nak tido kat situ pulak. Sampai rumah
rehat-tido. Orait,,1 2 3 senyum~
Stop kat sini dulu la..rasa macam banyak pulak yang ditulis O_o
tulis banyak-banyak jenuh orang nak bace..sampe ketemu lagi ya..
No comments:
Post a Comment