Assalamualaikum..selamat hari selasa semua =)..Kalau sebelum ni saya citer pasal penglibatan SRM ke UiTM Segamat, kali ni nak citer pasal kitorang pegi Sabah pulak.. Sebenarnya bukan saya sorang je, tapi seramai 41 orang yang joint lawatan sambil berpoye-poye ni..hikhik~ Sepanjang saya joint club ni saya rasa program yang ni adalah program yang paling gah sebab program ni dibuat bukan dekat kawasan Nilai or area selatan or negeri-negeri di semenanjung. Tapi dekat Sabah ye kawan-kawan. S.A.B.A.H (saje je nak eja). Lebih kurang 6 hari kitorang dok berkampung kat Sabah. Kampung yang kitorang duduk ni dekat Ranau-Kampung Libang. Sebelum pegi tu kitorang dah pikir macam-macam pasal kampung kat Sabah. Takde air la, takde elektrik la, takde kemudahan la and macam-macam lagi la sangkaan kami yang tak berasas ni kan. Bila kitorang dah sampai sana, ha amek kau..! Hmm..boleh tahan maju and yang paling penting segala sangkaan tak berasas kitorang tu adalah salah 100%. Siap ada astro kot, water heater untuk mandi (maklomla rumah Ranau ni kawasan atas bukit-sejuk), line broad band sentiasa penuh (facebooking). So pengajaran kat sini jangan dok pikir yang macam-macam tentang sesuatu sebelum kita berdepan dengan benda tu. Take note ye murid-murid..! Ok, saya akan citerkan tentang flow perjalan kitorang sepanjang kitorang joint program ni. Intabih jayyidan~ :p
Hari first (Jumaat), Nilai-LCCT-Kota Kinabalu
Ok, lepas abes solat jumaat para peserta diminta untuk berkumpul di depan bangunan Kolej Kediaman Acacia Avenue. Semak senarai nama-barang yang patut dibawa-so on. Kitorang dibahagikan kepada 3 group. Group 1st yang akan naik flight dulu. Group kedua naik flight lepas asar and lastly group ketiga naik flight malam. Masa mula-mula naik flight sort of excited la saya dibuatnya. Maklomla before ni tak penah naik, tengok kat talibesen je. Bila dah naik mak ai tingginya..!! Bila tengok bawah, subhanallah cantiknya~. Kitorang sampai KK airport waktu maghrib then terus pegi surau and solat. Lepas tu kitorang jadi pengemis jalanan menanti grup kedua and ketiga yang belum kunjung tiba. Woi, lamanya nak sampai~. Sempat makan-sempat berjalan sekitar airport-sempat snap gamba-sempat tido ^_^. Bila semua peserta dah sampai baru la kitorang gerak ke Universiti Malaysia Sabah (tido kat sana)
 |
| bedah bin karim..ada tak? |
 |
posing sat...
saya and amalina :) |
 |
sekali lagi dengan amalina
tambah lagi 3 orang |
 |
| dekat LCCT |
 |
| grup 1st yang sampai di airport Kota Kinabalu |
 |
| nah amek..nasik bujang je..haha |
 |
4 perawan~
sementara menunggu grup yang belum sampai |
 |
ooh..
duta air asia rupenyeer~ |
 |
| duta air asia dengan bukan duta air asia :p |
 |
adoi~
popular betul duta air asia ni kan..?
semue tempat ade orang nak amek gamba.. |
 |
| antara grup ketiga yang dah sampai..lapar beb |
 |
zainuddin a.k.a the japanese
saya a.k.a. enter frame sekali ^_^ |
 |
always stick with my twin
credit to the japanese~ |
 |
| banner dan peserta dan pokok ape ntah |
Hari kedua (Sabtu) USM,Kota Kinabalu-Kg Libang, Ranau
Sebelum gerak ke Ranau, kitorang pegi sarapan dulu. Perut yang kosong wajib diisi. Betul tak anak-anak? Lepas tu baru la kitorang meneruskan perjalanan ke Ranau. Perjalanan dari KK ke Ranau mengambil masa lebih kurang 3-4 jam (kalau bawak laju cepat la sampai, kalau tak memang tak la kan). Sampai di Kg Libang waktu zohor and kitorang terus solat di masjid. Lepas tu baru la kitorang bergerak ke dewan kampung tu dan kedatangan kitorang disambut mesra oleh penduduk kat situ. Macam VIP datang la pulak. Lepas tu ada ucapan sikit dari jkk kampung and ucapan dari pengarah program then ada pembahagian anak angkat. Lepas abes pembahagian anak angkat ape lagi ikut family masing-masing balik rumah la. Petang tu mak saya cakap ada kenduri kawen dekat kampung belakang then dengan kitorang-kitorang sekali dijemput untuk memeriahkan majlis. Meriah jugak la walaupun tak semeriah keduri kat semenanjung :). Tapi apa yang menariknya kat kenduri kawen kat sini ni ada ditunjukkan kebudayaan mereka iaitu tarian sumazau. Kat semenanjung takde kan..?. Dan tetamu-tetamu yang datang pon sempoi je pakaian mereka. Kalau kat semenanjung jangan harap la nak jumpa orang pegi kenduri pakai tshirt je. Pengantin dah lawa, tetamu yang datang harus nak lebih lawa dari pengantin (over shadow pengantin nampak). Dari segi makanan lebih kurang dengan makanan kat semenanjung je cuma ada ditambah dengan makanan unik diorang. Tuhau. Penah dengar tak tuhau? Rasanya pelik sikit (bagi sesape yang tak penah makan sebelum ni) dan saya pun turut serta untuk joint venture dengan orang yang disebut dalam kurungan tadi. Hee~. Bagi yang dah biasa dengan makanan ni tak la rasa pelik.Time kitorang nak balik rumah tiba-tiba ada sorang makcik ni ajak kitorang untuk joint diorang menari sumazau. S.U.M.A.Z.A.U ye bukan break dance. Saya ni mana la nak tau menari. Apa jenis tarian pun Insya Allah saya tak tau nak menari (nak kata memang tak reti). Pujuk punye pujuk makcik ni kitorang pun joint la. Dengan berbekalkan bakat yang terendam sekian lama akhirnya di sinilah saya menunjukkannya. Bapak susah giler nak gerakkan kaki~. Belasah je la. Ok, lepas dah abes sesi tari tirana tu kitorang pun balik rumah-persiapan diri-pegi masjid. Lepas Isyak kitorang (para peserta) berkumpul kat dewan yang kitorang mula-mula datang tadi-sesi taaruf antara peserta-bincang pasal program yang bakal dilaksanakan esok hari-khilaf ulama' tentang pergerakan solat antara lelaki dan wanita-kat sini lah baru nak ada khilaf bagai-masa kat Nilai tak nak pulak bincang. Persetujuan tak tau dicapai macam mana, tau-tau saya masuk lepas angkat barang (aik, dah abes ke khilaf ulama' tadi?). =) Ok, abaikan khilaf tersebut dan sekarang kita beralih kepada gambar-gambar yang sempat disnap untuk tatapan..
 |
| kiri : angah, kak afni, chaid, tajul. amal |
 |
kiri : kak uda, khun ma
ma : aku dah masukkan gamba ko ni ha |
 |
| kiri : adah kemba & maah kemba |
 |
hisyam
asal ko tengok camtu ha..? |
 |
ladies and the gang~
kiri : kak bulan, kak husna, kak ada, kak umu, dayah, kak jiha, kak maslida |
 |
| cowok and de kroni~ |
 |
| cowok and de kroni lain meja |
 |
| menu kami |
 |
| sampai di Kg Libang |
 |
good ayu~
kekalkan gaya anda |
 |
| orang suruh dengar ucapan la..bukan pandang kamera |
 |
cuba tengok kaum muslimat ni..khusyu' je
kak umu, tengok ape tu? |
 |
| ucapan alu-aluan dari jkk /wakil jkk kampung (tak sure) |
 |
| tuan pengarah kita, tajul |
 |
| pembahagian anak angkat |
 |
walimatul urus kat kampung belakang (taktaunamenye)
jemput makan |
 |
| jangan malu jangan segan~ |
 |
dengar kata awak ni orang semenanjung..betul ke?
pengantin lelaki ni memang orang semenanjung ye~ |
 |
| amek berkat.. |
 |
tu dia orang kampung kita~
bersemangat lagi.. |
 |
| sempoi je~ |
 |
adik beradik angkat
comel kan..?? |
 |
| sape kat belakang..? |
 |
| taaruf session |
 |
| pandang sini jap.. |
 |
| perbincangan untuk next program |
Untuk hari ketiga dan seterusnya jumpa di entry yang akan datang ye..jenuh ngadap laptop 24 jam..Hikhik~
No comments:
Post a Comment