Ok..Assalamualaikum..Hari ni saya nak sambung story saya yang belum habis pasal program kitorang kat Sabah. So, saya akan sambung dengan kisah hari yang ketiga dan seterusnya di sana..^_^
Hari ketiga ( Ahad ) Kg. Libang, Ranau
Ok, pagi dalam pukul 8 kitorang berkumpul kat dewan biasa. Ada senaman sikit, sukaneka sikit-botol beracun-saya memang tak suka dengan game ni-nasib baik saya tak kena :)
Lepas tu kitorang dibahagikan by grup (grup lelaki-grup perempuan-senang kan pembahagiannya) untuk aktiviti gotong-royong sekitar kampung. Gotong-royong dijalankan sampai waktu tengah hari. Untuk pengetahuan, waktu solat di Sabah adalah sejam awal (lebih kurang la) daripada semenanjung. Kalau bangun pukul 6 cuacanya macam pukul 9. Terang kan..?? So gotong-royong yang abes waktu tengah hari tadi adalah dalam pukul 10-11 (pagi lagi-tapi cuaca dah tengah hari).
 |
mereka ni bukan bergaduh ye..
tapi terkena botol beracun then diorang kene tunjukkan cara bersilat |
 |
| kami syok sendiri..........! |
 |
kami kembar~
yang belakang tu tumpang popular :p |
 |
| ok cun~ |
 |
sungguh-sungguh betul mereka ni buat keje
contohilah mereka... |
 |
| tak penuh lagi tu..tambah lagi.. |
 |
| bersama warga kampung |
 |
| ala comelnyer awak yang pegang plastik sampah tu.. |
 |
plastik belum penuh bergamba je lebih..
apeponboleh~ |
 |
| kami kepenatan + keletihan + kecapean |
 |
dekat masjid
posing jap |
 |
| pilih jangan tak pilih.. |
Lepas tu kitorang diajak oleh penduduk kampung untuk melihat kolam ikan (dekat mane ntah) menaiki trak beramai-ramai. Sangat meriah and seronok...! First time naik trak ramai-ramai ni (rasa macam pendatang tanpa izin pun ada) hee~. Kitorang dibawa melawat sekitar kolam ikan-besar kawasannya. Bukan setakat tengok-tengok je ikan kat situ, kitorang boleh bagi makan ikan lagi tau. Sape yang berani nak celup-celup tangan celup lah. Ikan ni tak makan orang, cuma makan dedak je :p. Dekat dalam kawasan kolam ternakan ikan ni ada juga haiwan ternakan lain, macam lembu, kambing. Sebelum balik kitorang sempat turun ke sungai yang berada di bawah jambatan/titi masuk kolam ikan tersebut. Saya tengok kawan saya celup kaki je, saya tak pun-malas nak bukak kasut. Hikhik~ Lepas tu kitorang pun bergerak pulang ke rumah. Kalau tadi pegi naik trak balik agak-agak naik ape ye??? Ape..? Naik trak yang sama? Tidak sama sekali..kitorang jalan kaki..! Menarik bukan (tengah-tengah hari jalan kaki). Haha..tak kisah pun jalan kaki. Bukannya jauh sangat.
Lepas zohor, kitorang berkumpul semula kat dewan, ada program bersamamu-lebih kurang macam kat tv tu. Kitorang ada bawak sedikit sumbangan-makanan-keperluan dapur untuk diagihkan kepada warga yang memerlukan. Sekali lagi kitorang dibahagikan ikut grup untuk pergi ke rumah warga tua dengan membawa sumbangan tadi. Rumah mereka-mereka ni atas bukit ye anak-anak..! Tak tinggi sangat pun tapi cukuplah buat kitorang tak cukup udara nak sedut. Tengok pakcik tu relax je naik-sebab dah biasa-kitorang yang tak biasa ni ape lagi..mencungap la jawapnye~.
Nak story pasal grup kemba saya-dorang pegi rumah sorang nenek ni. Kesian sangat nenek ni-dah tua-hidup sorang diri. Setiap hari nenek ni dok tunggu anak dia balik rumah tapi tak balik-balik. Kesian sangat~. Semoga nenek tu diberi kesihatan yang berpanjangan. Amin~ Ok. lepas tu sepatutnya ada perlawanan antara orang kampung dan pelajar Usim. Bola tampar, bola jaring, bola sepak, badminton. Tapi disebabkan hujan petang tu, kitorang just proceed badminton je (gelanggang kat dalam dewan-tak kene ujan). Malamnya pulak selepas solat (tak ingat lepas maghrib or isyak) diadakan sedikit sesi tazkirah yang disampaikan oleh exco rakan masjid bertempat di masjid. Ok, dipersilakan untuk menatap gambar-gambar yang diupload ^_^
 |
pak..tunggu saya pak..sabar dong~
|
 |
apa komen anda dengan gamba ni..??? macam PATI tak..? hehe~
|
 |
bersama orang kampung di kolam ikan (baru sampai ni)
|
 |
abang wan, pengiring dari Usim
|
 |
kawaii~
|
 |
rasa-rasa diorang ni berbincang ke berlakon?
|
 |
main dam haji
|
 |
nash and hisyam
|
 |
yasir and bai
|
 |
kami sokong awak..!! (taktausokongsape)
|
 |
main layang-layang
|
 |
kami pun sokong awak jugak..! (dengan tiba-tibanya)
|
 |
| assalamualaikum cik rosnah..! lama tak nampak~ |
Rasanya sampai sini je entry saya kali ni..cadang nak sambung untuk hari yang keempat and seterusnya tapi waktu tak berapa nak mengizinkan. So, jumpa di posting akan datang..daaaaa~~
No comments:
Post a Comment