Hari kelima
(Selasa ), Luanti & Poring Hot Spring.
Ok, awal
pagi lebih kurang pukul 8 kitorang berkumpul di depan dewan. Hari ni kitorang
akan pergi ke Luanti and Poring Hot Spring. Have a nice journey..! (ucapan
untuk diri sendiri). Tapi kan, Luanti tu tempat ape? Kalau Poring Hot Spring tu
dapat agak la kan tempat apa.
 |
| pantang nampak kamera.. |
 |
| pon sama.. |
 |
kata orang kalau takde rezeki, tak dapat la nak tengok gunung ni betul ke? |
 |
| hidayah bersama hidayah :) |
Bila dah sampai Luanti still blur-tempat ape ni
benanye..? Tak pe la, kita masuk dulu ye nanti mesti la tau kan~. Bila dah
masuk, oohh~ sungai dalamnya ada ikan. So, kedatangan kitorang bukanlah nak
tengok spesies ikan or nak memancing ikan tapi nak celup kaki dalam sungai yang
ada ikan ni. Grup muslimin dulu yang masuk, kitorang tunggu giliran kat atas.
Bila diorang dah naik, kitorang pulak turun. Yaahoo~. Heyp..! Jangan suka sangat.
Ada larangan yang kene ikut..Antaranya : tak boleh pakai losyen (kimia or
ape-ape yang terkandung dalam losyen mungkin akan mengakibatkan ikan-ikan
tersebut keracunan) , tak boleh buat bising macam menjerit ke ape ke (akan
menyebabkan ikan tu lari). So, behave yourself my dear..Masa nak celupkan kaki
ke dalam sungai..fuh! Takut giler~ Dengan berbekalkan semangat yang ada saya
pun cube la nak celup kaki, geli tau tak? Rasa digigit-gigit, rasa ikan tu
bergesel kat kaki and macam-macam lagi. Dah abes main celup-celup kaki,
kitorang pegi mencabar diri kitorang dengan manaiki jambatan gantung (still kat
Luanti). Sort of gayat la~ tapi ok je.
 |
| dilarang membuat bising ye anak-anak~ |
 |
| Luanti : celup-celup kaki..(muka cover) |
 |
| cantik tak?? |
Ok,
sekarang citer kat Poring Hot Spring pulak-kolam air panas. Kitorang pegi situ
bukan sebab nak mandi kat kolam air panas tu ye. Tujuan kitorang ialah nak
mandi air terjun..:D. Memang la namanya hot spring tapi kolam air panas tu
dekat depan. Jalan (tak ingat berapa minit) tapi lama la jugak masa yang
diambil untuk sampai ke kawasan air terjun. Memang nyaman kawasan dia, sejuk je
(lumrah la kan kawasan air terjun). Air terjun tu saya tak sure ada berapa
tingkat, tapi yang penting saya stop dekat first stage je-dah penat-tak daya la
nak naik tingkat dua semata-mata nak mandi. Ada jugak yang naik sampai stage
kedua and ketiga. Cayalah diorang ni kan..! So, bila dah sampai kat air terjun
agak-agak aktiviti apa yang sesuai dilakukan..??? Basuh baju style orang
dolu-dolu? Tak. Menanam padi??? Memang tak la kan. (Saje je nak test). Kitorang
pun apa lagi, peluang dekat depan mata beb. Mandi sepuas-puasnya la……..!
Hooraayy~~~. Ok, rasa macam anak badak pulak. Memang seronok sangat tak tau nak
cakap camne. Sebenarnya ni la pengalaman pertama saya mandi kat air terjun, tu
yang jakun semacam. Selalu mandi kat bilik air je. Kat sinilah saya belajar
berenang and menyelam. S.U.S.A.H.B.E.B.~. Tapi kalau belajar nak lemas senang
je (nak kata kat sini payah bebeno saya nak stable kan diri saya, asek nak
lemas je). Ok, lepas solat zohor
kitorang bergerak pulang. Malamnya ada program malam penutup.
 |
| poring hot spring |
 |
| bilik tetamu |
 |
| FKP students |
 |
| angah : ko dengan sape ni? |
 |
| bersama dengan : pisang kuning |
 |
| tajul potong line |
 |
sejuk..
|
 |
| ^_____^ |
 |
| belajar berenang~ |
 |
| deras kan.. |
Malam
penutup ni dikenali sebagai Culture Exchange Night di mana kitorang bersepakat
untuk memakai pakaian bertemakan merah hitam. So, semua peserta diwajipkan
untuk memakai baju berwarna merah or hitam or kedua-duanya sekali. Malam tu ada
perasmian penutup, ucapan oleh setiausaha menteri (taktaunamenyesape) dan
pertunjukan persembahan dari pelajar Usim and penduduk kampung-budaya
semenanjung-budaya Sabah. So, sebagai orang semenanjung, kami telah
memperlihatkan kepada mereka sebahagian daripada seni budaya yang terdapat di
semenanjung-tarian piring-dikir barat. Memang kitorang berhempas pulas berlatih
untuk malam persembahan ni. Setiap hari khamis malam kitorang akan berkumpul
beramai-ramai dan berlatih bersama-sama. Masa mula-mula berlatih memang tak
menjadi la kan plus kitorang bukan budak kebudayaan kat Usim. But practice make
perfect!. Walaupun tak perfect mana,belasah je la. Ok, lepas tu orang-orang
kampung ni ajak kitorang bersumazau dengan diorang. Ok, this is my second
experience menari sumazau dengan orang kampung. Memang sporting la pakcik
makcik ni kan~. Then, kitorang ada sesi ampunkan daku a.k.a mintak maaf kat
penduduk kampung. Sangat-sangat sedih part ni (jangan malu-malu ye nak nangis).
Setiap pertemuan mesti ada perpisahan kan. Tipu la kalau tak nangis paling
koman sebak la. Maklumla berpisah dengan family walaupun family angkat je tapi
kitorang dah anggap macam family sendiri. Uwaaaaa :’( Lepas siap kemas-kemas
dewan kitorang ada post mortem (aktiviti biasa) pastu balik rumah-rehat-tido.
Sebelum balik presiden pesan “ esok pagi sharp pukul 7 berkumpul semuanya kat
tempat biasa”
 |
merah hitam
yang baju ijau ni budak persembahan ye.. |
 |
| sama caption dengan yang atas~ |
 |
| kamilah jejaka dan gadis pujaan Malaya.. |
 |
| hujan lebat |
 |
| presiden |
 |
| my lovely family |
Ok, jumpa di lain kali ye..^____________^
Indahnya tulisan. menulis lagi ya...
ReplyDelete